RSS

Roti kacang merah




Cuti sekolah baru-baru ni..buat roti kacang.  Dapat 25 biji dua hari boleh habis. 

Bahan A
  • 280 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 camt. garam 
  • 110 gm gula pasir
  • 2 camb. susu tepung
  • 600 gm tepung roti
  • 60 gm mentega
  • 11 gm yis
  • 1 camt. bread improver
Inti kacang merah secukupnya

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
  2. Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
  3. masukkan yis kering dan gula pasir
  4. masukkan susu tepung dan gaul sebati
  5. masukkan bread improver
  6. Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
  7. Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
  8. Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
  9. Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
  10. Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk doh kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
  11. Isi inti kacang merah kedalam doh kecil2 tadi.
  12. Untuk bentuk seperti bunga. Gelek doh  berinti kacang tadi , jgn tipis sangat. Potong jgn putus kepada 7 hirisan. (Rujuk gambar diatas)
  13. Untuk roti bentuk seperti ulat, gelek adunan tadi hingga nipis. Potong sebelah dalamnya jangan putus. Lepas tu gulungkan .( Rujuk gambar diatas)
  14. Aturkan doh  yang dibentuk  dalam dulang pembakar yg digris. Biarkan doh naik kali kedua selama 30 minit.
  15. Panaskan ketuhar pada suhu 195*C. Bakar roti selama 15 - 20 minit hingga kekuningan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...