RSS

Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR 2011 Parlimen Pekan




Semalam 15 Januari berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR 2011 Peringkat Parlimen Pekan yang dirasmikan oleh YB Perdana Menteri  Dato Sri Najib..Pelajar menerima sijil serta wang tunai RM200..dari Yayasan Pahang. Alhamdulillah rezeki Ayuni... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pau Kukus (Inti Kentang dan ayam)


Semalam buat pau inti kentang dan ayam. Kali ni guna tepung pau...gebus dan sedap.

Bahan-bahan

  • 500 gm tepung pau
  • 80 gm gula kastor
  • 2 camt. yis (mauripan)
  • 2 camt. baking powder
  • 200ml. air suam
  • 80 gm. shortening
  • 1/2 camt. garam

Cara-cara

  1. Satukan gula, air dan yis ke dalam cawan dan kacau hingga gula larut. Biarkan seketika.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan shortening. Gaul rata.
  3. Tuangkan bancuhan yis yang telah kembang  tadi sambil diuli.
  4. Gaul sehingga tepung tak melekit di mangkuk dan di tangan. (Sekiranya kurang air, tambahkan sedikit air) Uli lagi selama 5 minit. Biarkan doh selama 45 minit.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.
  6. Canai doh dan letakkan inti yang disukai.
  7. Biarkan doh mengembang selama 1 jam.
  8. Didihkan air, kukus pau selama 10 min.

Sumber : Rahel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan Malam Tahun Baru


Nasi goreng USA




Nasi goreng Paprik
Selalunya saya tak pesan nasi pada  malam hari, tapi di restoran ni saya teringin nak makan nasi..ternyata memang sedap.

Chicken Chop

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Siakap Tiga Rasa


Selalu sangat masak ikan masam manis, kali ni cuba resepi dari akhbar Mingguan Malaysia. Resepi ni dikongsikan dari tuan punya restoran Senandung Malam Ikan Bakar Wak  Sehab.  Resepi ini berlainan dari yang pernah saya rasa sebelum ini...memang sedap.

Bahan-bahan :
  • Ikan siakap /jenahak
  • tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih

Bahan  A
  • 5 biji cili kering
  • 10 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih

Bahan B
  • Sedikit sos tomato, sos tiram dan sos ikan
  • serai 
  • daun limau purut
  • garam
  • gula

Bahan C
  • Sedikit bawang besar, cili merah, cili api dan nenas yang dipotong dadu.

Cara-cara :

  1. Siang ikan dan bersihkan. Lumur ikan dengan bawang putih dan tepung jagung .
  2. Goreng sehingga garing dan alihkan.
  3. Tumiskan bawang putih dan masukkan bahan A yang telah dikisar.
  4. Masukkan bahan B mengikut rasa yang dikehendaki. Masukkan serai yang dititik dan daun limau purut.
  5. Tambahkan secawan air dan kemudian masukkan bahan C.
  6. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk melikatkan kuahnya.
  7. Tuang di atas ikan siakap yang telah digoreng dan hiaskannya.

Sumber : Akhbar Mingguan Malaysia 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apam Balik


Apam balik lebih sedap kalau dibuat nipis je...lebih terasa inti jagung dan kacang tumbuknya.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 camt. soda bikarbonat
  • 1 camt. baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • sedikit marjerin/mentega

Inti :
  • 1 cawan kacang tanah( digoreng dan dikisar)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin jagung krim

Cara-cara :
  1. Gula dan telur dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan baking powder dan soda ke dalam tepung.
  3. Masukkan air kedalam campuran gula dan telur.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit2 dan gaul sebati.
  5. Oleskan marjerin di atas kuali.( Kalau guna kuali tak melekat tak payah letak marjerin).
  6. Tuangkan 1 senduk adunan dan nipiskan.
  7. Biarkan seketika dan taburkan bahan inti.
  8. Bila dah cukup masak, lipat dua dan angkat.
  9. Kalau suka boleh sapukan marjerin diatas permukaannya.


Sumber : My resepi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...