RSS

Donat





  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camb. susu tepung 
  • 3 camb. shortening atau marjerin
  • 3 camb gula kastor
  • 200 ml air suam
  • 2 camt. yis mauripan
  • 20 ml air suam - jika perlu
Cara-cara

  1. Campurkan yis , sedikit gula dan air suam , biarkan sebentar hingga naik.
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, susu tepung , marjerin dan baki gula tadi. Gaul biar rata.
  3. Masukkan campuran yis tadi kedalam adunan tepung. Uli hingga licin dan adunan tidak melekat ditangan
  4. Bulatkan doh. Ketepikan dan dan tutup dengan selembar plastik. Biarkan selama 40 min.
  5. Pukul adunan hingga kempis dan bentukkan doh mengikut  citarasa. Biarkan adunan selama 20 min, hingga kembang kembali.
  6. Goreng donat dalam minyak penuh dgn api sederhana.


    sumber ( suria )

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Roti inti coklat







    Bahan A
    • 280 ml air
    • 1 biji telur
    • 1 camt. garam 
    • 110 gm gula pasir
    • 2 camb. susu tepung
    • 600 gm tepung roti
    • 60 gm mentega
    • 11 gm yis
    • 1 camt. bread improver
    Bahan Inti
    • coklat masakan dipotong dadu

    Cara
    1. Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
    2. Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
    3. masukkan yis kering dan gula pasir
    4. masukkan susu tepung dan gaul sebati
    5. masukkan bread improver
    6. Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
    7. Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
    8. Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
    9. Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
    10. Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk adunan kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
    11. Ambil sebiji doh dan letakkan sepotong coklat yg didadu. Bulat2 kan dan susun ke dalam loyang yang dilenser. Biarkan roti naik selama 30 minit lagi.
    12. Panaskan oven . Bakar roti selama 20 min dgn suhu 190* C @ mengikut kepanasan oven masing2.

      • Digg
      • Del.icio.us
      • StumbleUpon
      • Reddit
      • RSS

      Mi Bandung




      • 500 gm mi kuning (dicelur)
      • 300 gm daging
      • 300 gm udang
      • minyak masak 
      • 3 camb cili kisar
      • 3 ulas bawang putih
      • 5 ulas bawang merah
      • 4 camb sos tomato
      • 2 camb sos cili
      • 1 camb sos tiram
      • 4 camb kacang tanah yg dikisar
      • 2 camb udang kering yg dikisar
      • limau kasturi 
      • daun sup & daun bawang
      • seikat sawi
      • 1 bungkus  putik jagung muda 
      • 2 biji tomato
      •  1 kiub pati ayam
      • Telur

      Cara

      1.  Panaskan minyak masak dlm periuk. Tumiskan bwg putih, merah dan cili kisar hingga garing. Masukkan daging yg dipotong kecil dan masukkan air. Biarkan sehingga daging empuk.
      2.  Kemudian masukkan udang kering, sos tomato, sos cili, sos tiram. Biarkan merenih perlahan2.
      3.  Seterusnya masukkan kacang tanah, udang, kiub pati ayam, sawi dan putik jagung. Bila mendidih masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan dikacau. Masukkan garam dan sedikit gula
      4.   Cara menghidang, Masukkan me dalam mangkuk.  Tuangkan kuah hingga penuh. Taburkan daun sup & daun bawang serta limau nipis

      • Digg
      • Del.icio.us
      • StumbleUpon
      • Reddit
      • RSS
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...