RSS

Hari Lahir suami dan adik ( sama tarikh lahir 17 hb Nov )

 

Kek Tiramisu
  

Kek Aiskrim Topping Coklat pilihan Ina utk suaminya



Happy Birthday to youuuu......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Juadah Hari Raya Aidiladha


Lontong



Ayam Goreng Berempah



Sayur Lodeh



Sambal Kacang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti



Roti yang sedia dimakan




Roti yang belum dibakar


Bahan A
  • 280 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 camt. garam 
  • 110 gm gula pasir
  • 2 camb. susu tepung
  • 600 gm tepung roti
  • 60 gm mentega
  • 11 gm yis
  • 1 camt. bread improver
Bahan B
  • sosej
  • sayur campuran
  • mayonis
  • cili sos
Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
  2. Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
  3. masukkan yis kering dan gula pasir
  4. masukkan susu tepung dan gaul sebati
  5. masukkan bread improver
  6. Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
  7. Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
  8. Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
  9. Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
  10. Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk adunan kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
  11. Untuk membuat piza mini. gelekkan adunan yg dibulat-bulatkan tadi. Letakkan sosej yg dipotong nipis dan sayur campuran yg telah digaul bersama mayonis.
  12. Untuk membuat roti gulung sosej. Ambil adunan kecil yg dibulatkan tadi dan bentukkan seperti tali dan gulungkan pada sosej.
  13. Aturkan doh  yang dibentuk  dalam dulang pembakar yg digris. Biarkan doh naik kali kedua selama 30 minit.
  14. Panaskan ketuhar pada suhu 195*C. Bakar roti selama 15 - 20 minit hingga kekuningan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apam Mekar








  • 1 3/4 cawan gula
  • 3 cawan tpg gandum
  • 1 cawan ais krim soda
  • 1 camb. ovalette
  • 3 biji telur
  • esen ros
  • pewarna

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan pukul hingga kental dan kembang
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Campurkan warna yang disukai
  3. Masukkan kedalam acuan kertas.
  4. Kukus selama 15 min

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Mentega






  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 5 biji telur B
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 camt esen vanila
  • 1 camt. baking powder
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila. Putar sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, guna speed perlahan
  5. Dalam mangkuk lain putar putih telur sehingga kembang dan pekat.
  6. Masukan  putih telur tadi ke dalam adunan tepung. Kacau guna sudip kayu.
  7. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan lenser tepi acuan.
  8. Panaskan oven. Bakar dengan suhu 180*C selama 45-50 min.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semperit Indon




  • 1 biji telur kuning
  • 3/4 buku mentega
  • 3/4 cawan gula icing
  • 2 camb. tpg kastard
  • 2 cawan tpg gandum
  • 1/2 cawan tpg jagung
  • 1/2 cawan tpg ubi
  • 1 camt esen
  • pewarna kuning
  • manik gula sebagai hiasan

Cara-cara
  1. Sebatikan mentega dan gula
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila
  3. Masukkan semua campuran tepung dan uli sebati
  4. Canai 1/2 cm tebal dan terap. Sapukan kuning telur dan taburkan manik-manik kecil.
  5. Bakar 180*C selam 20-25 min.

Sumber : Rosiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...