Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
masukkan yis kering dan gula pasir
masukkan susu tepung dan gaul sebati
masukkan bread improver
Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk adunan kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
Untuk membuat piza mini. gelekkan adunan yg dibulat-bulatkan tadi. Letakkan sosej yg dipotong nipis dan sayur campuran yg telah digaul bersama mayonis.
Untuk membuat roti gulung sosej. Ambil adunan kecil yg dibulatkan tadi dan bentukkan seperti tali dan gulungkan pada sosej.
Aturkan doh yang dibentuk dalam dulang pembakar yg digris. Biarkan doh naik kali kedua selama 30 minit.
Panaskan ketuhar pada suhu 195*C. Bakar roti selama 15 - 20 minit hingga kekuningan