RSS

Kek Lobak Merah

Dah lama simpan resepi kek ni....semalam baru dapat buat.  memang sedap, sesuai dengan tekak saya..jom cuba

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan parutan lobak merah (3 batang)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan gula castor (saya guna 1 cawan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camt soda bikarbonat
  • 1 1/2 camt. baking powder
  • 1/2 camt. garam
  • 2 camt. esen vanila
  • 1 cawan walnut@ pecan( saya guna badam cincang)
  • 1/2 cawan kismis

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185*c
  2. Bakar kacang 8 min hingga perang dan wangi. Cincang kasar-kasar.
  3. Sapukan minyak pada loyang(loyang 8") dan alas kertas minyak.
  4. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  5. Pukul telur 1 min. Masukkan gula dan pukul lagi 3-4 min.
  6. Masukkan minyak jagung dan esen.
  7. Masukkan tepung, kacau perlahan
  8. Dengan menggunakan spatula @ senduk, masukkan lobak, kekacang dan kismis.
  9. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar 40 - 50 min atau sehingga masak.
sumber : Joy of Baking

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Berkuah


Bahan-bahan

  • 1 buku roti saiz besar (Hawaii)
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 camb mentega
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 camb gula pasir
  • 1/2 cwn kismis hitam atau buah campur

Cara-cara

  1. Hancurkan roti ataupun koyakkan roti pada saiz kecil.
  2. Kacau dan gaul rata susu, telur, mentega, air dan gula.
  3. Masukkan kismis hitam.
  4. Akhir sekali campurkan roti kedalam campuran susu tadi.
  5. Tuangkan ke dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam.

Kuah puding

  • 8 biji kuning telur
  • 2 1/2 tin susu cair
  • 2 1/2 gelas air
  • gula secukup rasa
  • esen vanila

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kuah kecuali esen vanila di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana kecil. Kacau selalu.
  2. Masak kuah hingga menjadi sedikit pekat. Masukkan esen vanila dan tutup api.
  3. Tuangkan kuah di atas puding semasa menghidang.

Sumber: Pn Rosiah  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mi Hailam


Bahan-bahan

  • 500 gm mi kuning (dicelur)
  • 8 ulas bawang putih dikisar
  • 3 camb cili kisar
  • 1 camt serbuk lada hitam
  • 3 camb sos tiram
  • 2 camb kicap pekat
  • 2 camb kicap manis
  • bunga kubis
  • lobak merah
  • tomato 
  • sawi
  • putik jagung
  • isi ayam
  • udang
  • fishcake
  • air secukupnya
  • garam
  • gula
  • 1 kiub pati ayam
  • telur 

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan cili kering kisar dan isi ayam.
  2. Tumis lagi, masukkan udang.
  3. Tuangkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan lada hitam.
  4. Tuangkan air secukupnya. Masukkan kiub pati ayam.
  5. Bila kuah mendidih , masukkan fish cake,  sayur-sayuran,garam dan gula.
  6.  Perlahan-lahan pecahkan telur sebiji demi sebiji.
  7. Jika suka kuah yang sedikit pekat, boleh tambahkan bancuhan tepung jagung (3 camb tpg jagung + air).
  8. cara menghidang : masukkan mi kedalam mangkuk. Tuangkan kuah. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...