RSS

Brownies


Brownies...dibuat sempena hari bapa..

Bahan-bahan
  • 250 gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camt. esen vanila
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan serbuk koko *
  • 1/2 camt. baking powder*   *ayak bersama
  • 1 cawan tepung    *
  • 1/4 camt. garam
  • badam cincang  @ coklat cip
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dengan api kecil. Tutup api, dan masukkan gula. Kacau
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Terus mengacau.
  3. Tambahkan bahan ayak dan  garam. Kacau.
  4. Akhir sekali masukkan badam cincang.
  5. Lenser acuan 9 "x 9"dan lapik kertas minyak(biar kertas minyak lebih sedikit dari acuan spy mudah dikeluarkan)
  6. Panaskan oven . Bakar dengan suhu 180C selama 25-30 min.(bila masak nampak brownies lekang  dari loyang)
  7. Setelah sejuk, potong bentuk bars
  8. Salutkan dengan krim coklat dan taburkan badam cincang atau gula hiasan diatasnya.
Krim coklat

  • 250 gm cooking coklat
  • 1 camb. mentega/marjerin
  • 1 camt.susu cair
Cara-cara

  1. Panaskan coklat dalam periuk secara double boil.
  2. Bila cair, tutup api dan campurkan mentega. Kacau
  3. Masukkan susu cair dan kacau.
  4. Salutkan diatas brownies

Sumber : Sweetlily dan hanieliza cooking

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Beriani Daun Pisang

Nasi beriani ayam

Nasi beriani kambing

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Donat Big Apple



Donut Big Apple...sesekali nak rasa yg kedai punya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat Amerika


Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum *
  • 3/4 cawan serbuk koko *               * diayak bersama
  • 2 camt. baking powder *
  • 2 camt. soda bikarbonat *
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 camt. esen vanila
  • 1/2 camt. garam #        # dicampur dgn 1 cwn air panas
  • 1 camt. nescafe   #
Cara-cara
  1. Pukul telur, susu, minyak, air dan esen vanila selama 1 1/2 minit. Masukkan gula. Pukul lagi
  2. Masukkan bahan ayak ke dalam campuran telur.
  3. Kacau dengan senduk kayu hingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8"yang telah dilenser minyak dan dilapik kertas minyak.
  5. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 175 C(mengikut kepanasan oven masing2) selama 45-50 min atau sehingga masak.
Sumber : Yummylicious


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerabu Daun Selom


Bahan-bahan

  • 1 ikat daun selom - dihiris halus
  • 1 biji bawang besar - dihiris halus
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 3 biji limau kasturi - ambil jus
  • 1 camb. minyak masak
Bahan mesin
  • 4 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 2 cm belacan
  •  50gm udang kering @ ikan bilis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan mesin
  2. Masukkan kelapa dan jus. Tutup api.
  3. Masukkan daun selom dan bawang
  4. Masukkan garam.
Sumber : Hanieliza cooking

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...