RSS

Puding Raja


Puding raja popular di Pekan Pahang, selalu dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlis-majlis keraian.

Bahan-bahan

  • 1 sikat pisang lemak manis (yg sedang masaknya)
  • jala mas 
  • gajus (dipanggang)
  • ceri merah
  • prune ( dipotong kecil)
  • sedikit minyak masak
  • sedikit minyak sapi

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
  2. Goreng pisang hingga berwarna coklat keperangan.
  3. Bila pisang sejuk, gentelkan pisang diatas tisu dapur, supaya pisang tadi cantik bentukknya.
  4. Cara menghidang : susun pisang di dalam bekas puding, akhir sekali taburkan jala mas, ceri, gajus dan prune. 

Sos Puding

Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 gelas air 
  • 3 biji kuning telur
  • esen vanila
  • sedikit garam 
  • gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Campurkan susu cair ,air, kuning telur, gula dan sedikit garam. Pukul rata.
  2. Masak di atas api kecil sehingga pekat. Sebelum tutup api, masukkan esen vanila. Sejukkan sos.
  3. Cara menghidang : Tuangkan sos diatas puding

Sumber (Pn Rosiah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011


6 pelajar yang mendapat 5A dlm UPSR di Sek. Keb. Langgar



Ayuni salah seorang daripadanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat Amerika




Permintaan Ayuni, buat 2 biji kek coklat untuk jamuan majlis perpisahan bagi pelajar tahun 6. 
Semalam keputusan dah keluar, Alhamdulillah rezeki Ayuni, dia dapat 5A dlm UPSR. Moga cemerlang juga peibadi dan akhlaknya...Amin. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Triffle



Menu ulangtayang...puding triffle...sedap dimakan sejuk.
Puding yang didalam bekas kecil ni ..untuk diberi pada jiran-jiran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Masakan Berasaskan Ikan Patin (Anjuran Maggi)





Fillet ikan patin mendapat anugerah juri


Ikan patin masak lemak cili padi - tempat pertama



ikan patin masam manis - tempat ke 2


Ikan patin pais bertauhu mendapat anugerah juri


Ikan patin percik

Fish n chip ikan patin - tempat ke 3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Masakan Berasaskan Mi


Mee berkuah sos tomato

Mee Bandung


Mee kari mendapat tempat ke 3


Sphagetti goreng




Mee goreng sos lada hitam




 Mee rebus utara




Mee rebus johor mendapat tempat ke 2


Mee Gulung tempat pertama


Mee goreng lada hitam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ubi Pindang

Bahan-bahan


  • Ubikayu (2 batang yang sedang besarnya)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 camb. serbuk kari Ikan /daging
  • segenggam Ikan bilis
  • garam
  • gula 
  • air secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara
  1. Ubi dipotong kecil ( potong 2" dan dibelah 4). Cuci dan toskan
  2. Bawang merah, bwg putih, halia dan ikan bilis dikisar halus.
  3. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar, bila garing masukkan serbuk kari.
  4. Masukkan ubi kayu dan tambahkan air sehingga ubi kayu tenggelam.
  5. Tutupkan kuali dan biarkan sehingga ubi menjadi empuk. Sekiranya belum empuk, tambahkan air lagi.
  6. Bila ubi telah empuk, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...