RSS

Ubi Pindang

Bahan-bahan


  • Ubikayu (2 batang yang sedang besarnya)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 camb. serbuk kari Ikan /daging
  • segenggam Ikan bilis
  • garam
  • gula 
  • air secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara
  1. Ubi dipotong kecil ( potong 2" dan dibelah 4). Cuci dan toskan
  2. Bawang merah, bwg putih, halia dan ikan bilis dikisar halus.
  3. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar, bila garing masukkan serbuk kari.
  4. Masukkan ubi kayu dan tambahkan air sehingga ubi kayu tenggelam.
  5. Tutupkan kuali dan biarkan sehingga ubi menjadi empuk. Sekiranya belum empuk, tambahkan air lagi.
  6. Bila ubi telah empuk, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...