RSS

Muffin Lobak Merah


Tempahan untuk majlis cukur jambul..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Karamel Lapis



Bahan-bahan



  • 3/4 tin susu cair (250 ml)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 1/2 camb. tepung jagung
  • 4 keping roti 
  • 3 biji telur
  • 2 cawan air

Untuk karamel

  • 3 camb. gula pasir
  • 2 camb. air

Cara-cara

  1. Untuk buat karamel - masukkan gula ke dalam loyang. Masak dengan api perlahan. Bila gula larut,  tambahkan 2 camb. air. Bila sudah mendidih tutupkan api.
  2. Panaskan kukusan. Roti yang sudah dicarik kecil dimasukkan ke dalam blender. Masukkan telur dan 2 cawan air. Kisar hingga roti hancur.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung, susu pekat dan susu cair. Kisar lagi.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. 1 bahagian diwarnakan kuning, 1 bahagian diwarnakan hijau dan sebahagian lagi diwarnakan coklat.
  5. Tuangkan adunan berwarna kuning di dalam loyang yang ada karamel tadi. Kukus selama 15 minit.
  6. Tuangkan adunan berwarna hijau dan kukus lagi 15 minit.
  7. Akhir sekali tuangkan adunan berwarna coklat dan kukus lagi sehingga 20 minit .
  8. Bila masak sejukkan terlebih dahulu. Kemudian diterbalikkan.
Sumber : Pn Rosiah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mufin Lobak Merah



Bahan-bahan

  • 195 gm tepung gandum- ayak
  • 1 camt. serbuk penaik  - ayak
  • 1 camt. soda bikarbonat - ayak
  • 1 cawan lobak merah parut (perah airnya)
  • 2 biji telur
  • 100 gm gula perang
  • 200 gm minyak jagung
  • 1/4 camt. garam
  • 60 gm kismis hitam
  • 60 gm walnut - cincang (saya ganti dengan badam)

Cara-cara

  1. Pukul perlahan telur bersama gula perang secara manual hingga sebati
  2. Kemudian masukkan minyak jagung, bahan ayak, lobak merah, kismis dan sedikit garam
  3. Gaul sebati. Seterusnya masukkan ke dalam acuan mufin hingga hampir penuh.
  4. Hiaskan dengan taburan kismis dan badam
  5. Bakar selama 30 minit pada suhu 180*C

Sumber : kak zu semanis gula (majalah saji)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Cupcake dan Mengubah Tuala Secara Spontan













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yee Mee


Bahan-bahan

  •   Yee mee  (dicelur seketika)
  •  Bawang putih - dimayang
  •  Halia -  dimayang
  •  Cili kering - dipotong 2" dan direndam
  • Sos Cili
  • Sos tiram
  • Kicap lemak manis
  • Ayam - dipotong kecil
  • Cendawan hitam kering - Direndam dan dipotong 4
  • Lobak merah
  • Sayur sawi
  • Air secukupnya
  • gula
  • garam
  • minyak masak
  • Tepung jagung untuk memekatkan kuah
Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan isi ayam tumis hingga garing. Masukkan sos cili , sos tiram, kicap dan air secukupnya.
  3. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran.
  4. Akhir sekali larutkan sedikit tepung jagung dengan sedikit air untuk memekatkan kuah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Ayam Hainan

Jom cuba masak nasi ayam hainan ..ada kelainan yang tersendiri.Tapi sebelum masak nasi , kita kena buat stok ayam dulu. Yang sebahagian lagi ni pulak boleh dikira sebagai sup nasi ayam.

STOK AYAM

Bahan-bahan(anggaran untuk 14 hidangan)
  • 40 gm stok ayam Knorr
  • 30 gm akar daun ketumbar
  • 75 gm sayur kobis asin
  • 8 liter air

Cara-cara
  1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan sayur kobis asin dan akar daun ketumbar
  2. Campurkan Knorr stok ayam dan biarkan mendidih.
  3. Ambil 1.3 liter stok ini untuk masak nasi. 
  4. Bakinya masukkan garam secukup rasa untuk dibuat sup nanti.


NASI AYAM
Bahan-bahan (anggaran 14 hidangan)


  • 1 kg beras wangi
  • 150 gm planta chef marjerin
  • 80 gm bawang merah (dikisar)
  • 50 gm bawang putih (dikisar)
  • 50 gm halia muda (dikisar)
  • 3 helai daun pandan
  • 1.3 liter stok sup ayam
  • 20 gm knorr stok ayam
  • 10 gm garam

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah , putih dan halia dengan planta marjerin sehingga naik aromanya.
  2. Kemudian masukkan beras, ramuan ygn telah ditumis dan daun pandan ke dalam periuk nasi bersama dengan stok sup ayam dan knorr stok ayam dan garam.
  3. Tips : gandingan knorr stok ayam dan planta chef marjerin memberikan panduan rasa enak dan aroma nasi ayam yang begitu menyelerakan.

AYAM GORENG
Bahan-bahan

  • 50 gm knorr stok ayam
  • 60 gm serbuk 5 rempah campuran
  • 120 gm garam
  • '6 liter air
  • 200 ml cuka
  • 100 gm maltose
  • 1 ekor ayam (1.8 kg)

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam periuk stok.
  2. Didihkan ia dan rebus ayam selama 20 minit kemudian gantung kering sekurang-kurangnya 1 jam.
  3. Selepas ayam digantung kering, boleh mula menggoreng ayam di dalam periuk  bersama minyak yang panas selama 15-20 minit.
  4. Tips : tujuan menggunakan cuka dan maltose adalah untuk mendapatkan hasil gorengan ayam yang ranggup dan warna gorengan keemasan yang lebih berkilat.
  5. Pastikan ayam dlm keadaan kering sebelum menggoreng utk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Maltose dan rempah campuran. Kalau tak ada maltose cuba gunakan madu atau golden syrup..tapi tak jamin rupa ayam boleh jadi seperti dlm gambar bawah ni


SOS CILI
Bahan-bahan
  • 20 gm knorr serbuk limau nipis
  • 150 gm cili merah
  • 100gm bawang merah
  • 80 gm bawang putih
  • 80 gm halia muda
  • 15 gm batang daun ketumbar
  • 20 gm knorr stok ayam
  • 50 gm sos cili knorr
  • 50 ml air gula
  • 150 ml air

Cara-cara

  1. Larutkan knorr serbuk limau nipis dengan air untuk dikisar bersama cili merah, bwg merah, bwg putih, halia,  btg ketumbar, knorr stok ayam dan knorr sos cili dan air gula. sedia untuk dihidangkan
  2. Tips : knorr serbuk limau nipis memberikan rasa perahan limau segar kpd so cili. Sos cili ini tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dlm peti sejuk.Btg ketumbar akan membrikan aroma yg wangi tanpa membuat sos berwarna hijau.

SOS KICAP
Bahan-bahan
  • 100 ml kicap soya cair
  • 500 ml stok sup ayam
  • 10 ml kicap pekat
  • 10 ml sos ikan
  • 40 gm daun ketumbar
  • 5 ml minyak bijan
  • 50 ml gula

cara-cara

  1. Sos kicap cair dipanaskan bersama stok sup ayam, kicap pekat, sos ikan, minyak bijan , daun ketumbar dan gula sehingga mendidih.
  2. Sos sedia untuk dihidangkan

SOS HALIA
Bahan-bahan

  • 200 gm halia muda
  • 10 gm knorr stok ayam
  •  50 ml minyak masak
  • 15 gm daun ketumbar
  • 5 ml minyak bijan

cara-cara

  1. Halia muda dikisar halus dan kemudian di tapis dan dibuangkan airnya
  2. Kemudian dicampurkan bersama knorr stok ayam dan daun ketumbar
  3. Minyak masak dipanaskan dan kemudian dicampurkan bersama (cara masakan tumis darat) akhiri dengan minyak bijan.

  • Sumber( Pn Rosiah -Kemas)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Seribu Rasa



Bahan-bahan

  • 500gm daging lembu (dipotong kecil dan direbus )
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 inci halia 
  • sedikit belacan
  • 3 camb sos tiram
  • 3 camb. sos tomato
  • 3 camb. kicap lemak manis
  • 1 camb. serbuk lada hitam
  • 3 camb.serbuk badam
  • 5 biji tomato ( dibelah 4)
  • 2 biji cili merah (dihiris nipis)
  • air rebusan daging secukupnya
  • garam
  • gula
  • minyak untuk menumis

Cara-cara
  1.  Kisar bawang putih, bawang merah, halia, cilikering dan belacan . 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
  3. Bila garing, masukkan semua sos dan kicap lemak manis. 
  4. Masukkan daging dan air rebusannya. Bila mendidih masukkan serbuk badam, lada hitam, garam dan sedikit gula.
  5. Akhir sekali masukkan buah tomato dan lada hiris.

(Sumber : Pn Rosiah)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hiasan Pulut Kuning

 No 2
 No 1
 No 3
Ini saja gambar  yang dapat diambil kerana yang lain dah lesap..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelantan (21 - 23 Jan)




Di Rantau Panjang macam-macam ada...orang perempuan suka la gi sini.. 




Di tingkat 2 Pasar Siti Khadijah berbagai juadah ada dijual...enak-enak belaka terutamanya nasi kerabu.



Di gerai Yati Ayam Percik di Jalan Long Yunus. Memang sedap makan nasi kerabu bersama ayam percik. Berbagai kuih tradisional kelantan juga dijual disini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR 2011 Parlimen Pekan




Semalam 15 Januari berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR 2011 Peringkat Parlimen Pekan yang dirasmikan oleh YB Perdana Menteri  Dato Sri Najib..Pelajar menerima sijil serta wang tunai RM200..dari Yayasan Pahang. Alhamdulillah rezeki Ayuni... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pau Kukus (Inti Kentang dan ayam)


Semalam buat pau inti kentang dan ayam. Kali ni guna tepung pau...gebus dan sedap.

Bahan-bahan

  • 500 gm tepung pau
  • 80 gm gula kastor
  • 2 camt. yis (mauripan)
  • 2 camt. baking powder
  • 200ml. air suam
  • 80 gm. shortening
  • 1/2 camt. garam

Cara-cara

  1. Satukan gula, air dan yis ke dalam cawan dan kacau hingga gula larut. Biarkan seketika.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan shortening. Gaul rata.
  3. Tuangkan bancuhan yis yang telah kembang  tadi sambil diuli.
  4. Gaul sehingga tepung tak melekit di mangkuk dan di tangan. (Sekiranya kurang air, tambahkan sedikit air) Uli lagi selama 5 minit. Biarkan doh selama 45 minit.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.
  6. Canai doh dan letakkan inti yang disukai.
  7. Biarkan doh mengembang selama 1 jam.
  8. Didihkan air, kukus pau selama 10 min.

Sumber : Rahel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan Malam Tahun Baru


Nasi goreng USA




Nasi goreng Paprik
Selalunya saya tak pesan nasi pada  malam hari, tapi di restoran ni saya teringin nak makan nasi..ternyata memang sedap.

Chicken Chop

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Siakap Tiga Rasa


Selalu sangat masak ikan masam manis, kali ni cuba resepi dari akhbar Mingguan Malaysia. Resepi ni dikongsikan dari tuan punya restoran Senandung Malam Ikan Bakar Wak  Sehab.  Resepi ini berlainan dari yang pernah saya rasa sebelum ini...memang sedap.

Bahan-bahan :
  • Ikan siakap /jenahak
  • tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih

Bahan  A
  • 5 biji cili kering
  • 10 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih

Bahan B
  • Sedikit sos tomato, sos tiram dan sos ikan
  • serai 
  • daun limau purut
  • garam
  • gula

Bahan C
  • Sedikit bawang besar, cili merah, cili api dan nenas yang dipotong dadu.

Cara-cara :

  1. Siang ikan dan bersihkan. Lumur ikan dengan bawang putih dan tepung jagung .
  2. Goreng sehingga garing dan alihkan.
  3. Tumiskan bawang putih dan masukkan bahan A yang telah dikisar.
  4. Masukkan bahan B mengikut rasa yang dikehendaki. Masukkan serai yang dititik dan daun limau purut.
  5. Tambahkan secawan air dan kemudian masukkan bahan C.
  6. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk melikatkan kuahnya.
  7. Tuang di atas ikan siakap yang telah digoreng dan hiaskannya.

Sumber : Akhbar Mingguan Malaysia 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...