RSS

Nasi Ayam Hainan

Jom cuba masak nasi ayam hainan ..ada kelainan yang tersendiri.Tapi sebelum masak nasi , kita kena buat stok ayam dulu. Yang sebahagian lagi ni pulak boleh dikira sebagai sup nasi ayam.

STOK AYAM

Bahan-bahan(anggaran untuk 14 hidangan)
  • 40 gm stok ayam Knorr
  • 30 gm akar daun ketumbar
  • 75 gm sayur kobis asin
  • 8 liter air

Cara-cara
  1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan sayur kobis asin dan akar daun ketumbar
  2. Campurkan Knorr stok ayam dan biarkan mendidih.
  3. Ambil 1.3 liter stok ini untuk masak nasi. 
  4. Bakinya masukkan garam secukup rasa untuk dibuat sup nanti.


NASI AYAM
Bahan-bahan (anggaran 14 hidangan)


  • 1 kg beras wangi
  • 150 gm planta chef marjerin
  • 80 gm bawang merah (dikisar)
  • 50 gm bawang putih (dikisar)
  • 50 gm halia muda (dikisar)
  • 3 helai daun pandan
  • 1.3 liter stok sup ayam
  • 20 gm knorr stok ayam
  • 10 gm garam

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah , putih dan halia dengan planta marjerin sehingga naik aromanya.
  2. Kemudian masukkan beras, ramuan ygn telah ditumis dan daun pandan ke dalam periuk nasi bersama dengan stok sup ayam dan knorr stok ayam dan garam.
  3. Tips : gandingan knorr stok ayam dan planta chef marjerin memberikan panduan rasa enak dan aroma nasi ayam yang begitu menyelerakan.

AYAM GORENG
Bahan-bahan

  • 50 gm knorr stok ayam
  • 60 gm serbuk 5 rempah campuran
  • 120 gm garam
  • '6 liter air
  • 200 ml cuka
  • 100 gm maltose
  • 1 ekor ayam (1.8 kg)

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam periuk stok.
  2. Didihkan ia dan rebus ayam selama 20 minit kemudian gantung kering sekurang-kurangnya 1 jam.
  3. Selepas ayam digantung kering, boleh mula menggoreng ayam di dalam periuk  bersama minyak yang panas selama 15-20 minit.
  4. Tips : tujuan menggunakan cuka dan maltose adalah untuk mendapatkan hasil gorengan ayam yang ranggup dan warna gorengan keemasan yang lebih berkilat.
  5. Pastikan ayam dlm keadaan kering sebelum menggoreng utk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Maltose dan rempah campuran. Kalau tak ada maltose cuba gunakan madu atau golden syrup..tapi tak jamin rupa ayam boleh jadi seperti dlm gambar bawah ni


SOS CILI
Bahan-bahan
  • 20 gm knorr serbuk limau nipis
  • 150 gm cili merah
  • 100gm bawang merah
  • 80 gm bawang putih
  • 80 gm halia muda
  • 15 gm batang daun ketumbar
  • 20 gm knorr stok ayam
  • 50 gm sos cili knorr
  • 50 ml air gula
  • 150 ml air

Cara-cara

  1. Larutkan knorr serbuk limau nipis dengan air untuk dikisar bersama cili merah, bwg merah, bwg putih, halia,  btg ketumbar, knorr stok ayam dan knorr sos cili dan air gula. sedia untuk dihidangkan
  2. Tips : knorr serbuk limau nipis memberikan rasa perahan limau segar kpd so cili. Sos cili ini tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dlm peti sejuk.Btg ketumbar akan membrikan aroma yg wangi tanpa membuat sos berwarna hijau.

SOS KICAP
Bahan-bahan
  • 100 ml kicap soya cair
  • 500 ml stok sup ayam
  • 10 ml kicap pekat
  • 10 ml sos ikan
  • 40 gm daun ketumbar
  • 5 ml minyak bijan
  • 50 ml gula

cara-cara

  1. Sos kicap cair dipanaskan bersama stok sup ayam, kicap pekat, sos ikan, minyak bijan , daun ketumbar dan gula sehingga mendidih.
  2. Sos sedia untuk dihidangkan

SOS HALIA
Bahan-bahan

  • 200 gm halia muda
  • 10 gm knorr stok ayam
  •  50 ml minyak masak
  • 15 gm daun ketumbar
  • 5 ml minyak bijan

cara-cara

  1. Halia muda dikisar halus dan kemudian di tapis dan dibuangkan airnya
  2. Kemudian dicampurkan bersama knorr stok ayam dan daun ketumbar
  3. Minyak masak dipanaskan dan kemudian dicampurkan bersama (cara masakan tumis darat) akhiri dengan minyak bijan.

  • Sumber( Pn Rosiah -Kemas)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...