RSS

Kek Pisang



Kek pisang yang ditempah oleh Shimah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat Amerika


Buat kek ni...untuk diberi pada Hasani sempena harilahirnya  pada 30hb July..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Butter Cheese Cupcake


Bahan-bahan

  • 500 gm cheese cake mix (beli dikedai)
  • 350 gm telur (8 biji gred C)
  • 200 gm mentega
Cara-cara
  1. Pukul cheese cake mix dan telur dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
  2. Masukkan mentega dan pukul dengan kelajuan sederhana selama 1 minit.
  3. Tuang campuran kedalam acuan cupcake dan bakar selama 25 minit pada suhu 180 C.
Sumber : Pn Rosiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Casablanca Nut











Bahan-bahan

  • 80 gm shortening
  • 40 gm gula kastor
  • 40 gm tepung jagung
  • 100 gm tepung gandum / tepung biskut
  • 50 gm badam (bakar dulu)
Hiasan - coklat putih , hawai coconut

Cara-cara
  1. Bakar hawai coconut sebentar.
  2. Sebatikan shortening dan gula kastor
  3. Masukkan semua bahan dan uli
  4. Canai dan terap. Bakar 150 C selama 25 minit.
  5. Biarkan sejuk.
  6. Panaskan coklat putih secara double boiled.
  7. Celupkan permukaan biskut dengan coklat putih dan taburkan dengan hawai coconut.
  8. Masukkan dalam peti ais selama 15 minit.
Sumber : Pn Rosiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Poppy Irish


Biskut ni rasanya macam biskut peanut butter..tapi versi moden

Bahan A
  • 90 gm mentega
  • 50 gm gula kastor
  • 50 gm Peanut butter
Bahan B
  • 70 gm tepung biskut / tepung gandum
  • 60 gm tepung kastard
  • 40 gm biskut peanut butter (Buang gula dan biskut dikisar)
  • 1/4 camt baking powder
  • sedikit capucino pes, atau coklat pes
Hiasan
  • Kuaci hijau
  • ceri merah
  • Kuning telur + sedikit air + pewarna kuning)
Cara-cara
  1. Sebatikan bahan A, masukkan bahan B dan uli sebati.
  2. Canaikan dan terap dengan acuan
  3. Sapu dengan kuning telur di atas biskut, hiaskan dgn kuaci hijau dan ceri merah
  4. Bakar suhu 150 C selam 30 hingga 25 minit.
Sumber : Pn Rosiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nangka Muda Masak Lemak Bobor

Bahan-bahan

  • Sebungkus nangka muda (RM1.00)
  • Santan kelapa dari sebiji kelapa
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 cm halia
  • 3 camb ikan bilis
  • Belacan ( tak letak tak apa)
  • 2 batang serai di ketuk
  • 1 camt.ketumbar kisar
  • 1/2 camt. jintan putih kisar
  • 1/2 camt. jintan manis kisar
  • garam
Cara-cara
  1. Nangka direbus sehingga lembut. Toskan.
  2. Bawang merah , putih, halia, dan  ikan bilis  dikisar .
  3. Masukkan santan cair, serai dan bahan kisar ke dalam periuk.
  4. Bila santan mendidih, masukkan nangka dan santan pekat.
  5. Masukkan garam.
  6. Bila mendidih boleh lah diangkat dan hidangkan
Sumber : Mak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Batik ( Biskut Marie)


Kek batik permintaan Aqila, budak-budak memang suka makan, mudah dibuat sedap dimakan...

Bahan-bahan
  • 1 bungkus biskut marie (350 gm)- sy guna 300 gm
  • 1/2 buku mentega
  • 2 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan milo
  • 1 cawan air
  • 3/4 cawan gula
Cara-cara
  1. Patahkan biskut kecil-kecil.
  2. Dalam periuk, campurkan koko, milo, air dan gula .
  3. Dgn api sederhana kacau semua bahan hingga larut.
  4. Masukkan mentega, dan kacau hingga mentega cair.
  5. Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai agak pekat (30 saat). Padamkan api.
  6. Masukkan biskut yg dipatahkan2kan tadi. Kacau hingga semua biskut diselaputi coklat. (Kalau nak banyak coklat guna biskut sikit aje)
  7. Masukkan dalam loyang, tekan supaya padat.
  8. Simpan dalam petisejuk sebelum dipotong.

Sumber : MYR Mrs Hidayat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Buah-buahan


Biskut yang siap dibakar..


Biskut yang belum dibakar....
Bahan-bahan  
  • 130 gm mentega
  • 40 gm gula halus
  • 120 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 60 gm tepung kastard
  • esen vanila
  • acuan kertas saiz kecil
Bahan Inti
  • 60 gm mentega
  • 10 gm gula kastor
  • 60 gm tepung gandum
  • 10 gm tepung jagung
  • 8 camb buah campur
Hiasan
  • ceri potong

Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Masukkan esen vanila.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.
  3. Gaul sebati hingga menjadi satu adunan.
  4. Canai adunan supaya menjadi 3mm tebal.
  5. Terapkan dengan acuan bentuk bunga dan masukkan ke dalam acuan kecil. Kemaskan bahagian dalamnya.
  6. Letakkan inti buah-buahan ditengahnya.
  7. Hiaskan ceri potong diatas inti.
  8. Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 20-25 minit.
  9. Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan masukkan dalam acuan kertas kecil. 
Cara membuat inti - campurkan mentega dan gula. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan buah campur dan gaul rata.

Sumber :Pn Rosiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...