RSS

Ikan Siakap Tiga Rasa


Selalu sangat masak ikan masam manis, kali ni cuba resepi dari akhbar Mingguan Malaysia. Resepi ni dikongsikan dari tuan punya restoran Senandung Malam Ikan Bakar Wak  Sehab.  Resepi ini berlainan dari yang pernah saya rasa sebelum ini...memang sedap.

Bahan-bahan :
  • Ikan siakap /jenahak
  • tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih

Bahan  A
  • 5 biji cili kering
  • 10 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih

Bahan B
  • Sedikit sos tomato, sos tiram dan sos ikan
  • serai 
  • daun limau purut
  • garam
  • gula

Bahan C
  • Sedikit bawang besar, cili merah, cili api dan nenas yang dipotong dadu.

Cara-cara :

  1. Siang ikan dan bersihkan. Lumur ikan dengan bawang putih dan tepung jagung .
  2. Goreng sehingga garing dan alihkan.
  3. Tumiskan bawang putih dan masukkan bahan A yang telah dikisar.
  4. Masukkan bahan B mengikut rasa yang dikehendaki. Masukkan serai yang dititik dan daun limau purut.
  5. Tambahkan secawan air dan kemudian masukkan bahan C.
  6. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk melikatkan kuahnya.
  7. Tuang di atas ikan siakap yang telah digoreng dan hiaskannya.

Sumber : Akhbar Mingguan Malaysia 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...