RSS

Puding Roti Berkuah


Bahan-bahan

  • 1 buku roti saiz besar (Hawaii)
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 camb mentega
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 camb gula pasir
  • 1/2 cwn kismis hitam atau buah campur

Cara-cara

  1. Hancurkan roti ataupun koyakkan roti pada saiz kecil.
  2. Kacau dan gaul rata susu, telur, mentega, air dan gula.
  3. Masukkan kismis hitam.
  4. Akhir sekali campurkan roti kedalam campuran susu tadi.
  5. Tuangkan ke dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam.

Kuah puding

  • 8 biji kuning telur
  • 2 1/2 tin susu cair
  • 2 1/2 gelas air
  • gula secukup rasa
  • esen vanila

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kuah kecuali esen vanila di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana kecil. Kacau selalu.
  2. Masak kuah hingga menjadi sedikit pekat. Masukkan esen vanila dan tutup api.
  3. Tuangkan kuah di atas puding semasa menghidang.

Sumber: Pn Rosiah  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...