RSS

Ikan Bakar Portugal


  • 4 ekor ikan kembong atau pelalin
  • 8 ulas lada merah
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji buah keras
  • 1 camb. serbuk lada (tak ada pun tak apa)
  • 2 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 camb. kicap manis 
  • 1 camb. air asam jawa
  • sedikit belacan (tak letak pun tak apa)
  • garam
  • sedikit gula
  •  minyak masak
  • daun pisang (kalau ada)

Cara-cara

  1. Kisar lada merah, bawang besar, buah keras, serai, belacan dan daun limau purut.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serbuk lada hingga garing dan wangi. 
  3. Masukkan kicap dan air asam.
  4. Tambahkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  5. Bila masak curahkan atas ikan dan bakar  
  6. Kalau gunakan daun pisang, letakkan ikan atas daun pisang dan tuangkan kuah tadi. Bungkuskan ikan dan kelipkan hujung daun pisang gunakan lidi atau stapler je.
  7. Letak ikan atas kuali dan bakar atas dapur gas pun boleh ,dengan api perlahan selama 15-20 minit..terbalikkan ikan  sekali sekala..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

House of Mama Lynn said...

suka mkn ikan ni...ala2 ikan pais...very yummy ...

Noor Anita said...

Betul tu...dan kiranya sajian sihat juga

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...