RSS

Ayam Ungkep


Campurkan semua bahan dalam kuali


Gaul sebati


Ayam yg siap dimasak..dah empuk

  • 8 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  •  5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1  inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 6 camb cili kisar
  • 2 camt. serbuk kunyit
  • 2 camb. ketumbar dikisar halus
  • 1 camb. jintan manis dikisar halus
  • 1 camb. jintan kasar dikisar halus
  • gula
  • garam 
  • 1/3 cawan  minyak masak
  • 3 camb. air asam jawa
  • 1 ekor ayam kampung atau ayam tua di potong kecil

Cara-cara

  1. Kisar semua bawang, halia, lengkuas, serai.
  2. Masukkan ayam, bahan kisar , cili kisar, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, gula, garam dan secawan air ke dalam kuali.
  3. Gaul rata semua bahan. Tutupkan kuali.
  4. Masak dengan api sederhana hingga isi ayam lembut. Boleh tambahkan sedikit air lagi sekiranya isi ayam belum lembut .
  5. Bila isi ayam dah lembut masukkan air asam jawa dan sedikit minyak masak.
  6. Sesuaikan rasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat



  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak atau butter cair
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  •  1 1/4 cawan tpg gandum
  • 1 camt. soda bikarbonat
  • 1 camt. baking powder
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. Ayak tepung , soda dan baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula , susu segar, susu pekat dan minyak dalam periuk. Panaskan atas api kecil.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam campuran coklat tadi
  4. Masukka tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati
  5. Tuangkan dalam loyang yg dilenser dan lapik kertas minyak
  6. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan. Suhu 170*C selama 50 min.
  7. Atau boleh juga dikukus selama 1 jam.

(Sumber : Myresepi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding berkuah



  • 20 gm agar-agar
  • 7 cawan air
  • 8 camb. gula
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camb susu pekat

Cara-cara
  1. Rebus agar-agar bersama air dan gula
  2. Bila dah larut dan sedikit pekat masukkan serbuk koko yg dilarutkan dgn sedikit air suam.
  3. Tambahkan susu pekat dlm larutan koko tadi.
  4. Tuangkan kedalam larutan agar2 tadi., kacau sebati dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ke dalam acuan yg disukai dan biarkan beku .

Bahan  kuah puding
  • 1 tin susu cair
  • 2 camb gula
  • 2 cawan air
  • 2 camb. tpg kastard
  • 1 tin buah koktel  - dibuang airnya
Cara-cara
  1.  Campurkan susu cair , gula dan air. Masak sebentar.
  2. Larutkan tpg kastard dgn sedikit air sejuk. Masukkan ke dalam campuran susu.
  3. kacau sebati dan biarkan mendidih. Sejukkan
  4. Untuk menghidang, isikan agar2 coklat, tuangkan kuah puding dan letakkan buah campur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...