RSS

Su Yee Mee


Macam mertabak maggi...enak dimakan bersama sosnya



Bahan-bahan ( untuk 10 keping)
  • 5 bungkus mee maggi perasa ayam
  • 12 biji telur
  • 1 bungkus bebola ikan
  • 2 batang lobak merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • seikat daun bawang
  • 1/2 camt lada hitam
  • garam
  • sebiji lada merah
Cara-cara

  1. Bawang merah, bawang putih, lobak merah, bebola ikan dan lada di potong dadu.
  2. Daun bawang dihiris nipis.
  3. Masak air hingga mendidih, masukkan mee maggi dan rebus hingga sedikit kembang.(jgn lama sangat)
  4. Angkat dan toskan.
  5. Masukkan telur di dalam bekas, campurkan bahan-bahan yang dipotong dadu. Masukkan daun bawang yang dihiris.
  6. Akhir sekali masukkan mee maggi dan digaul hingga rata.
  7. Tambahkan lada hitam , 3 paket perencah maggi dan garam. Gaul rata.
  8. Panaskan sedikit minyak. Letakkan sesenduk mee tadi dan buat seperti lempeng. Jangan terlalu nipis atau tebal sangat.
  9. Masak hingga kuning dan sedikit garing pada kedua-dua belah bahagian.
Bahan sos
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 5 camb sos cili
  • 2 camb sos tomato
  • 1 cawan air
  • 1/2 camt lada hitam
  • 2 camb. tepung jagung/kastard
  • 2 paket perencah maggi
  • garam
  • gula
  • minyak untuk menumis
Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan putih hingga layu.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato
  3. Tambahkan secawan air
  4. Masukan garam, gula, perencah maggi dan lada hitam.
  5. Bancuh tepung jagung bersama 3 camb air. Campurkan ke dalam sos.
  6. Sesuaikan rasa.

Sumber : Pn Rosiah (Kemas)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...