RSS

Muffin Coklat Blueberry


Semalam tengok kat dapur Rinchan..muffin coklat blueberry..hari ni buat, tapi guna resepi muffin coklat cip mat gebu. Cuma  hiaskan dengan blueberry dan coklat masakan yang dipotong dadu, seperti Rinchan buat.


Memang sedap...

  • 250 gm tepung gandum  *
  • 2 camt. baking powder   *      * satukan dan ayak
  • 1/2 camt soda                *
  • 2 camb serbuk koko        *

  • 250 ml susu                    *
  • 90 ml minyak sayur        *     * satukan dan kacau sebati
  • 1 biji telur A                   *
  • 1 camt. esen vanila        *

  • 175 gm gula kastor
  • Jem Blueberry
  • Coklat masakan dipotong dadu
Cara-cara

  1. Satukan bahan-bahan ayak bersama gula.
  2. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau rata dan gaul.
  3. Isikan adunan 3/4 cawan bekas muffin.
  4. letakkan jem bluberry dan coklat yang dipotong dadu di atas adunan
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 15 minit.
  6. Bakar dengan suhu 180*C selama 18-20 minit.



 Sumber : Mat gebu dan Rinchan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...