RSS

Kuih Lapis




Bahan-bahan
  • 5 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung  ubi
  • 1 cawan gula
  • secubit garam
  • pewarna merah
Cara-cara
  1. Masak santan seketika dengan api perlahan. Tapi jangan sampai mendidih. Sejukkan.
  2. Campurkan tepung gandum bersama tepung  ubi dan kacau rata.
  3. Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
  4. Tuangkan santan yang suam tadi, kacau perlahan dan tapis adunan.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian dengan pewarna merah, dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
  6. Panaskan kukusan. Sapu minyak pada loyang ( 8"), dan kukus loyang sekejap.
  7. Tuangkan satu bahagian (sukat guna senduk @ cawan) , kukus selama 5 minit.
  8. Ulangi proses yang sama hingga selesai.
  9. Kukus selama 15 minit bagi lapisan yang terakhir.

Sumber : resepi mak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...