RSS

Mi rebus


Bahan-bahan

  • 500 gm mi kuning - dicelur
  • 100 gm taugeh - dicelur
  • daun bawang dan sup - dihiris
  • 3 biji cili hijau - dihiris
  • 3 keping tauhu digoreng dan dihiris
  • 5 biji telur rebus dibelah dua
  • 5 biji limau kasturi dibelah dua
  • bawang goreng
Bahan dikisar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 100 gm udang kering  
Rempah tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 2 tangkai cengkih
  • 2 biji buah pelaga

  • 3 camb. cili kisar
  • 2 camb.rempah kari
  • 2 camb. tauchu masin - dihancurkan
  • 2 biji ubi keledek atau kentang direbus dan dikisar
  • Air secukupnya
  • 250 santan kelapa
  • 3 keping fishcake - dihiris
  • Garam 
  • Gula (mi rebus kena manis sikit)
  • Minyak masak

  • 2 camb. tepung jagung
  • 1/2 cawan air
Cara-cara
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan rempah tumis dan bahan-bahan kisar.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan serbuk kari dan udang kering..masak hingga garing.
  5. Kemudian masukkan keledek yang telah dikisar, santan dan air mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Masukkan tauchu, fishcake, garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak hangit. Biarkan hingga kuah mendidih. 
  7. Akhir sekali bancuhkan tepung jagung bersama air, dan masukkan kedalam kuah (utk memekatkan kuah).  Kacau hingga pekat.
  8. Cara menghidang : masukkan mi kedalam mangkuk. Letak serba sedikit taugeh, tauhu, cili hijau, telur rebus dan limau nipis.
  9. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Taburkan daun sup dan bawang serta bawang goreng.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...