RSS

Mi Kuah


Bahan-bahan

  • 450 gm mi kuning - dicelur
  • 400 gm ayam dipotong kecil
  • 3 keping fishcake - dihiris
  • 6 tangkai cili kering - dipotong 2" dan direndam
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 2 cm halia dihiris

  • 3 camb. sos cili
  • 3 camb. sos tiram
  • 4 camb. kicap manis
  • 2 camb.kicap pekat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 1/2 ltr air @ secukupnya
  • sawi
  • tomato
  • 1/2 camt. lada hitam
  • garam
  • gula
  • minyak masak

  • 4 camb. tepung jagung
  • sedikit air
Cara-cara
  1. Toskan cili kering. Panaskan minyak,tumiskan cili kering, bawang putih dan halia hingga  kuning.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga sedikit garing.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, kicap pekat dan air secukupnya.
  4. Masukkan kiub pati ayam dan biar hingga kuah mendidih.
  5. Bila mendidih, masukkan garam, gula, sawi, fishcake, tomato dan lada hitam.
  6. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air. 
  7. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan dikacau hingga kuah pekat. Tutup api.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...