RSS

Kek Oren Gebu




Kek oren yang sungguh lembut dan gebu...sedap

Bahan-bahan
  • 4 biji telur 
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula icing
  • 1 camb. ovalette
  • 1 biji limau sunkist
Cara-cara
  1. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga putih gebu dan kembang. Ketepikan.
  2. Kulit limau diparut dan diambil jusnya.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan ovalette, parutan kulit limau dan jus limau. Putar lagi.
  5. Masukkan tepung berselangseli dengan kuning telur. Gaul sebati
  6. Akhir sekali masukkan putih telur yang telah dipukul terlebih dahulu tadi.
  7. Gaul hingga rata.
  8. Panaskan oven.
  9. Masukkan papercup dalam acuan. Isi adunan 3/4 acuan.
  10. Bakar dengan suhu 160 C selama 40-45 minit. (ikut kepanasan oven masing2)

Sumber : Pn Rosiah



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komen:

JENNI said...

kak, sedihnye..kek bantat... :( agaknya kenapa ya? suhu oven nak set atas bawah atau bawah je?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...