RSS

Embek Ayam


Masak embek ayam ni..mesti letak cekur, baru sedap. Aroma cekur memang membuka selera..

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam dipotong 2
  • 1 biji kelapa - diambil santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • garam 
  • sedikit gula
  • daun cekur - dihiris halus
Bahan kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 5 biji buah cekur
  • 10 biji cili padi - kalau suka pedas boleh tambah lagi
  • belacan sebesar ibujari- kalau tak guna pun tak apa
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam. Lumurkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Bakar hingga masak.
  2. Didalam periuk masukkan bahan kisar, asam keping dan santan pekat.
  3. Tambahkan garam dan sedikit gula. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak pecah santan.
  4. Ayam bakar dikerat-kerat dan masukkan dalam kuah santan tadi. Taburkan daun cekor yang telah dihiris halus. Tutup api.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...