RSS

Donat Sambal


Donat sira sambal...asyik donat salut coklat dan gula je...sekali sekala tukar versi plak...





Yang separuh lagi ..salut gula. Saya suka guna resepi Suria..sebab donat ni kelembutannya bertahan lama..resepi nya disini .

Bahan untuk sambal

  • 5 camb. cili kisar
  • 1 camb. cili sos
  • 3 camb. gula
  • sedikit minyak
Cara-cara

  • Panaskan  minyak, tumiskan cili kisar, masukkan gula dan sos cili.
  • Masak hingga cili garing dan sedikit pekat.
  • Masukkan donat dan gaulkan hingga rata. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Pais


  • 6 ekor ikan kembong atau pelalin
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 " halia
  • 2 batang serai
  • 12 biji cili api
  • serbuk kunyit 
  • garam
  • gula
  • 1 camt asam jawa
  • daun pisang secukupnya

Cara-cara
  1. Kisar bawang merah, bwg putih, halia, serai, cili api.
  2. Ikan dibersihkan dan lumurkan dengan bahan kisar, serbuk kunyit , garam , gula dan asam jawa. Perap sebentar.
  3. Bungkuskan ikan dengan daun pisang atau aluminium foil. 
  4. Bakar sehingga masak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apam Gula Merah


Bahan A

  • 1 cawan gula merah *
  • 1/2 cawan gula pasir*    * dimasak dan disejukkan
  • 1 cawan air*
  • 2 helai daun pandan*   
Bahan B 

  • 1 camb. yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 camt. gula pasir
Bahan C

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Masak A hingga larut dan sejukkan
  2. Bancuh B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih
  3. Campurkan bahan C dalam mangkuk dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk( masukkan dalam blender pun boleh)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B.
  5. Tutup dan biarkan 1 jam @ 3 kali ganda
  6. Lenser acuan dengan minyak dan tuangkan adunan dlm loyang dan biarkan selama 10 minit.
  7. Kukus selama 40 minit dengan api sederhana
  8. Sedap dimakan bersama kelapa parut yg ditabur sedikit garam.
Sumber : Yatie memories

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Ayam

  



  • 1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong 2
  • 4 cm halia diketuk
  • 1 liter air
Bahan utk perap ayam

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1'' halia 
  • 1 camb kicap pekat
  • 1 camb sos tiram
  • 1 camb kicap manis
  • 1 camt. jus sunquick
  • sedikit garam
Bahan nasi

  • 2 camb minyak dan marjerin
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1'' halia
  • 1 tin beras dibersihkan dan ditos
  • 1 1/2 tin air stok ayam
  • garam
  • 2 helai daun pandan
  • serbuk kunyit secukupnya
Bahan sos cili

  • 4 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camb sos tomato
  • garam 
  • gula
Bahan hiasan

  • Daun salad
  • Timun
  • Tomato
Cara-cara
  1. Ayam direbus dgn air dan halia hingga separuh masak. Sejatkan dan simpan stoknya
  2. Gaul ayam tadi dgn bawang merah, bwg putih dan halia yang telah dikisar. Cucuk2kan ayam dan perap seketika.
  3. Panggang ayam tadi sehingga masak.
  4. Untuk membuat nasi : Panaskan minyak dan marjerin di dlm periuk nasi . 
  5. Tumiskan rempah tumis , bwg merah, putih dan halia yg telah dikisar hingga kekuningan.
  6. Masukkan beras, goreng hingga beras bersalut dgn minyak. 
  7. Tuangkan stok ayam tadi, kunyit, garam dan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan masak.
  8. Untuk membuat sos : Kisar lada merah dan bawang putih dgn sedikit air.
  9. Masukkan kedlm periuk dan tambahkan sos tomato, gula dan garam. Biarkan hingga mendidih.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauhu Sumbat







  • 5 keping tauhu
  • 1 biji timun
  • daun salad atau taugeh secukupnya

  • 1 cawan kacang tanah
  • 8 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 in" belacan
  • 4 camb. gula
  • 1/2 camt. garam
  • 3 camb. air asam jawa
  • 1 cawan air suam
Cara-cara
  1. Tauhu digoreng. Bila dah sejuk bolehlah dipotong 2
  2. Timun dan salad dihiris halus. Sumbatkan sayur kedalam tauhu yg dibelah tengahnya.
  3. Untuk kuah : kacang tanah, lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan digoreng.
  4. kacang tanah dikisar halus.
  5. Lada kering , bwg merah, bwg putih dan belacan dikisar sekali..kisar kering atau nak tumbuk pun boleh.
  6. Satukan semua bahan yg dikisar. Masukkan secawan air suam dan air asam jawa.
  7. Tambahkan gula dan garam..kalau pekat ..boleh tmbah sedikit air lagi..
  8. Sesuaikan rasa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Bakar Portugal


  • 4 ekor ikan kembong atau pelalin
  • 8 ulas lada merah
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji buah keras
  • 1 camb. serbuk lada (tak ada pun tak apa)
  • 2 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 camb. kicap manis 
  • 1 camb. air asam jawa
  • sedikit belacan (tak letak pun tak apa)
  • garam
  • sedikit gula
  •  minyak masak
  • daun pisang (kalau ada)

Cara-cara

  1. Kisar lada merah, bawang besar, buah keras, serai, belacan dan daun limau purut.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serbuk lada hingga garing dan wangi. 
  3. Masukkan kicap dan air asam.
  4. Tambahkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  5. Bila masak curahkan atas ikan dan bakar  
  6. Kalau gunakan daun pisang, letakkan ikan atas daun pisang dan tuangkan kuah tadi. Bungkuskan ikan dan kelipkan hujung daun pisang gunakan lidi atau stapler je.
  7. Letak ikan atas kuali dan bakar atas dapur gas pun boleh ,dengan api perlahan selama 15-20 minit..terbalikkan ikan  sekali sekala..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti


  • 10 keping roti 
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 camb tepung kastard
  • 1 camt. esen vanila
  • 1 cawan gula pasir
  • kismis hitam
Cara-cara

  1. Roti dicarik kecil-kecil dan dimasukan ke dalam bekas.
  2. Campurkan 1 cawan susu cair dengan 1 1/2 cawan air.
  3. Tuangkan campuran susu tadi ke dalam bekas roti yang dicarik. Biarkan roti terendam.
  4. Pukul telur, gula, esen, 1 cawan air, tepung kastard dan baki susu cair tadi. 
  5. Campurkan larutan telur kedalam bekas berisi roti. Kacau sebati
  6. Tuangkan ke dalam loyang. Taburkan kismis hitam dan sedikit mentega  diatasnya.
  7. Bakar pada suhu 170*C selama 40-45min atau sehingga masak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Soto Ayam


  • Nasi impit
  • 3 keping dada ayam - dilumur kunyit, garam dan digoreng
Bahan Kuah

  • 3 ketul tulang lembu
  • 2 batang serai dititik
  • 1 inci halia    *
  • 1 biji bawang besar *                   * dikisar halus
  • 6 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 4 camb rempah sup ADABI atau RM1.00 rempah soto basah (ada kat pasar Kluang je)
  • 2-3 liter air
  • minyak masak secukupnya
Bahan lain

  • Taugeh dicelur
  • Su hoon digoreng
  • Kacang tanah digoreng
  • Dada ayam dicarik halus
  • Daun sup dan daun bawang dihiris
  • Bawang goreng
Sambal kicap

  • 15 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • secawan kicap manis
  • 2 camb gula
  • sedikit garam
Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak, masukkan rempah tumis, bahan kisar, serai . Tumis hingga wangi.
  2. Rempah sup dibancuh dgn sedikit air. Kalau guna rempah basah terus masukkan dalam periuk. Masak sehingga garing.
  3. Masukkan tulang lembu. Tuangkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Kecilkan api dan renih. Tambahkan garam.
  4. Cara menghidang - Isi nasi impit dalam mangkuk, Taburkan taugeh, su hoon goreng, kacang tanah dan ayam yang dicarik. Tuangkan kuah sup. Taburkan daun bawang dan bawang goreng.
  5. Nikmati soto dengan sambal kicap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muffin Coklat Cip



Muffin 200 biji ditempah oleh Kak Ti. TQ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Ungkep


Campurkan semua bahan dalam kuali


Gaul sebati


Ayam yg siap dimasak..dah empuk

  • 8 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  •  5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1  inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 6 camb cili kisar
  • 2 camt. serbuk kunyit
  • 2 camb. ketumbar dikisar halus
  • 1 camb. jintan manis dikisar halus
  • 1 camb. jintan kasar dikisar halus
  • gula
  • garam 
  • 1/3 cawan  minyak masak
  • 3 camb. air asam jawa
  • 1 ekor ayam kampung atau ayam tua di potong kecil

Cara-cara

  1. Kisar semua bawang, halia, lengkuas, serai.
  2. Masukkan ayam, bahan kisar , cili kisar, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, gula, garam dan secawan air ke dalam kuali.
  3. Gaul rata semua bahan. Tutupkan kuali.
  4. Masak dengan api sederhana hingga isi ayam lembut. Boleh tambahkan sedikit air lagi sekiranya isi ayam belum lembut .
  5. Bila isi ayam dah lembut masukkan air asam jawa dan sedikit minyak masak.
  6. Sesuaikan rasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat



  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak atau butter cair
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  •  1 1/4 cawan tpg gandum
  • 1 camt. soda bikarbonat
  • 1 camt. baking powder
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. Ayak tepung , soda dan baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula , susu segar, susu pekat dan minyak dalam periuk. Panaskan atas api kecil.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam campuran coklat tadi
  4. Masukka tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati
  5. Tuangkan dalam loyang yg dilenser dan lapik kertas minyak
  6. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan. Suhu 170*C selama 50 min.
  7. Atau boleh juga dikukus selama 1 jam.

(Sumber : Myresepi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding berkuah



  • 20 gm agar-agar
  • 7 cawan air
  • 8 camb. gula
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camb susu pekat

Cara-cara
  1. Rebus agar-agar bersama air dan gula
  2. Bila dah larut dan sedikit pekat masukkan serbuk koko yg dilarutkan dgn sedikit air suam.
  3. Tambahkan susu pekat dlm larutan koko tadi.
  4. Tuangkan kedalam larutan agar2 tadi., kacau sebati dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ke dalam acuan yg disukai dan biarkan beku .

Bahan  kuah puding
  • 1 tin susu cair
  • 2 camb gula
  • 2 cawan air
  • 2 camb. tpg kastard
  • 1 tin buah koktel  - dibuang airnya
Cara-cara
  1.  Campurkan susu cair , gula dan air. Masak sebentar.
  2. Larutkan tpg kastard dgn sedikit air sejuk. Masukkan ke dalam campuran susu.
  3. kacau sebati dan biarkan mendidih. Sejukkan
  4. Untuk menghidang, isikan agar2 coklat, tuangkan kuah puding dan letakkan buah campur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...