RSS

Talam Berlauk






Talam berlauk yang berperisa udang kering...  tapi tetap sedap..resepi mak...
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 5 cawan santan
  • 3 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 2 camb udang kering
  • 1 camt serbuk  lada putih
  • garam secukup rasa
Bahan untuk tabur
  • 1 biji lada merah - dibuang biji dan dipotong dadu
  • daun sup & bawang - dihiris nipis
  • Bawang goreng
  • 1 biji telur - digoreng dadar dan dihiris halus

Cara-cara
  1. Santan dimasak seketika dan biarkan sejuk. Ketepikan.
  2. Bawang merah, putih, halia dan udang kering dikisar halus.
  3. Campurkan kedua2 tepung dan masukkan santan. Gaul rata.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan bahan kisar kedalam adunan yang telah ditapis tadi.
  6. Tambahkan garam dan serbuk lada putih
  7. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada loyang (8") dan panaskan sebentar di dalam kukusan.
  8. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
  9. Setelah masak ketika masih panas, taburkan cili merah, daun bawang, bawang goreng dan telur dadar yang dipotong nipis.
  10. Bila sejuk , bolehlah dipotong.

Sumber : Mak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...