RSS

Brownies


Brownies...dibuat sempena hari bapa..

Bahan-bahan
  • 250 gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camt. esen vanila
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan serbuk koko *
  • 1/2 camt. baking powder*   *ayak bersama
  • 1 cawan tepung    *
  • 1/4 camt. garam
  • badam cincang  @ coklat cip
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dengan api kecil. Tutup api, dan masukkan gula. Kacau
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Terus mengacau.
  3. Tambahkan bahan ayak dan  garam. Kacau.
  4. Akhir sekali masukkan badam cincang.
  5. Lenser acuan 9 "x 9"dan lapik kertas minyak(biar kertas minyak lebih sedikit dari acuan spy mudah dikeluarkan)
  6. Panaskan oven . Bakar dengan suhu 180C selama 25-30 min.(bila masak nampak brownies lekang  dari loyang)
  7. Setelah sejuk, potong bentuk bars
  8. Salutkan dengan krim coklat dan taburkan badam cincang atau gula hiasan diatasnya.
Krim coklat

  • 250 gm cooking coklat
  • 1 camb. mentega/marjerin
  • 1 camt.susu cair
Cara-cara

  1. Panaskan coklat dalam periuk secara double boil.
  2. Bila cair, tutup api dan campurkan mentega. Kacau
  3. Masukkan susu cair dan kacau.
  4. Salutkan diatas brownies

Sumber : Sweetlily dan hanieliza cooking

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...