Bahan A
- 280 ml air
- 1 biji telur
- 1 camt. garam
- 110 gm gula pasir
- 2 camb. susu tepung
- 600 gm tepung roti
- 60 gm mentega
- 11 gm yis
- 1 camt. bread improver
Bahan Inti
- coklat masakan dipotong dadu
Cara
- Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
- Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
- masukkan yis kering dan gula pasir
- masukkan susu tepung dan gaul sebati
- masukkan bread improver
- Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
- Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
- Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
- Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
- Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk adunan kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
- Ambil sebiji doh dan letakkan sepotong coklat yg didadu. Bulat2 kan dan susun ke dalam loyang yang dilenser. Biarkan roti naik selama 30 minit lagi.
- Panaskan oven . Bakar roti selama 20 min dgn suhu 190* C @ mengikut kepanasan oven masing2.
0 komen:
Post a Comment