Roti yang sedia dimakan
Roti yang belum dibakar
Bahan A
- 280 ml air
- 1 biji telur
- 1 camt. garam
- 110 gm gula pasir
- 2 camb. susu tepung
- 600 gm tepung roti
- 60 gm mentega
- 11 gm yis
- 1 camt. bread improver
- sosej
- sayur campuran
- mayonis
- cili sos
Cara-cara
- Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
- Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
- masukkan yis kering dan gula pasir
- masukkan susu tepung dan gaul sebati
- masukkan bread improver
- Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
- Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
- Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
- Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
- Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk adunan kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
- Untuk membuat piza mini. gelekkan adunan yg dibulat-bulatkan tadi. Letakkan sosej yg dipotong nipis dan sayur campuran yg telah digaul bersama mayonis.
- Untuk membuat roti gulung sosej. Ambil adunan kecil yg dibulatkan tadi dan bentukkan seperti tali dan gulungkan pada sosej.
- Aturkan doh yang dibentuk dalam dulang pembakar yg digris. Biarkan doh naik kali kedua selama 30 minit.
- Panaskan ketuhar pada suhu 195*C. Bakar roti selama 15 - 20 minit hingga kekuningan