RSS

Pau Kukus (Inti Kentang dan ayam)


Semalam buat pau inti kentang dan ayam. Kali ni guna tepung pau...gebus dan sedap.

Bahan-bahan

  • 500 gm tepung pau
  • 80 gm gula kastor
  • 2 camt. yis (mauripan)
  • 2 camt. baking powder
  • 200ml. air suam
  • 80 gm. shortening
  • 1/2 camt. garam

Cara-cara

  1. Satukan gula, air dan yis ke dalam cawan dan kacau hingga gula larut. Biarkan seketika.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan shortening. Gaul rata.
  3. Tuangkan bancuhan yis yang telah kembang  tadi sambil diuli.
  4. Gaul sehingga tepung tak melekit di mangkuk dan di tangan. (Sekiranya kurang air, tambahkan sedikit air) Uli lagi selama 5 minit. Biarkan doh selama 45 minit.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.
  6. Canai doh dan letakkan inti yang disukai.
  7. Biarkan doh mengembang selama 1 jam.
  8. Didihkan air, kukus pau selama 10 min.

Sumber : Rahel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...