Cuti sekolah baru-baru ni..buat roti kacang. Dapat 25 biji dua hari boleh habis.
Bahan A
- 280 ml air
- 1 biji telur
- 1 camt. garam
- 110 gm gula pasir
- 2 camb. susu tepung
- 600 gm tepung roti
- 60 gm mentega
- 11 gm yis
- 1 camt. bread improver
Inti kacang merah secukupnya
Cara-cara
- Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
- Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
- masukkan yis kering dan gula pasir
- masukkan susu tepung dan gaul sebati
- masukkan bread improver
- Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
- Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
- Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
- Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
- Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk doh kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
- Isi inti kacang merah kedalam doh kecil2 tadi.
- Untuk bentuk seperti bunga. Gelek doh berinti kacang tadi , jgn tipis sangat. Potong jgn putus kepada 7 hirisan. (Rujuk gambar diatas)
- Untuk roti bentuk seperti ulat, gelek adunan tadi hingga nipis. Potong sebelah dalamnya jangan putus. Lepas tu gulungkan .( Rujuk gambar diatas)
- Aturkan doh yang dibentuk dalam dulang pembakar yg digris. Biarkan doh naik kali kedua selama 30 minit.
- Panaskan ketuhar pada suhu 195*C. Bakar roti selama 15 - 20 minit hingga kekuningan
0 komen:
Post a Comment