RSS

Muffin Blueberry





  1. 280 gm mentega
  2. 240 gm gula kastor
  3. 4 biji telur
  4. 2 camt. esen vanila
  5. 250 ml susu segar
  6. 400 gm tepung gandum
  7. 4 camt. baking powder
  8. jem bluberry

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder
  2. Pukul butter dan gula hingga berkrim dan gebu
  3. Masukkan telur satu persatu
  4. Masukkan esen vanila dan susu segar
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  6. Kaup dan balikkan tepung, jangan terlebih kacau
  7. Isi separuh penuh acuan, dan isikan blueberry. Tutup semula dgn sedikit adunan tpg tadi.
  8. Panaskan oven. Bakar dengan suhu 180*c selama 25-30 min

Sumber : Rinchan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Trifle



Buat puding ni..masa menjamu teman-teman makan di rumah...

  • 1 tin susu cair
  • 1 camb gula
  • 4 camb tpg kastard
  • 1 mangkuk air - utk dicampur dgn kastard
  • 1/2 biji kek gulung perisa pandan
  • 1 tin buah-buahan campur - asingkan air dan buah
  • 1 paket agar2 jeli kristal NONA
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  1. Potong kek gulung dan susun didalam bekas puding. Basahkan dgn air buahan tin
  2. Panaskan susu cair dan gula dgn api perlahan
  3. Bancuh tpg kastard dgn air. Masukkan bancuhan tadi kedlm susu cair yg mendidih. Masak hingga pekat. Tutup api.
  4. Tuangkan bancuhan kastard. Susun buah-buahan atas kastard.
  5. Untuk jeli, larutkan jeli dengan semangkuk air panas dan kacau sebati.
  6. Tuangkan jeli atas lapisan kastard tadi.

(sumber My resepi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muffin Coklat Cip




Muffin sebanyak 200 biji yang ditempah oleh Kak Jamilah. TQ Kak..

  • 250 gm tpg gandum *
  • 2 camt. baking powder * * satukan dan ayak
  • 1/2 camt soda *
  • 2 camb. serbuk koko *
  • 250ml susu segar +
  • 90 ml minyak sayur + + Satukan dan kacau rata
  • 1 biji telur A +
  • 1 camt. esen Vanila +
  • 175 gm gula halus
  • 150 gm coklat cip
  • 50 gm coklat cip untuk hiasan


  • Satukan bahan-bahan ayak bersama gula halus dan coklat cip 150 gm
  • Tuang bahan-bahan yg dikacau rata dan gaul sebati
  • Isikan 3/4 ke dalam cawan muffin dan hias dengan taburan coklat cip
  • Bakar 180*C selama 18-20 min

(sumber Mat gebu)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...