RSS

Puding Roti

Saya dapat resepi ni dari kenalan, masa mula-mula cari resepi puding roti. Akhirnya inilah resepi puding roti yang sesuai dengan selera saya...sebab dia moist dan lembut je ..terima kasih Kak Ah.

Bahan-bahan
  • 1 buku roti (saiz kecil) -guna roti yg tiada jenama
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • esen vanila
  • 1 camb. tepung kastard
  • 3 camb. mentega/marjerin
  • kismis hitam

Cara-cara
  1. Siat roti kecil-kecil.
  2. Masukkan roti dalam bekas. Rendamkan roti dengan sedikit susu cair dan air. Ketepikan.
  3. Pukul telur bersama gula hingga sebati. Masukkan baki susu cair dan air tadi, tepung kastard dan esen vanila Pukul lagi . 
  4. Masukkan roti ke dalam loyang yang telah dilenser.
  5. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti.
  6. Taburkan kismis hitam. 
  7. Potongkan mentega kecil-kecil di atas adunan.
  8. Bakar dengan suhu 180 *C selama 35 minit. (kepanasan mengikut oven masing-masing)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti Sosej


Musim hujan ni sedap makan roti panas-panas...buat roti sosej..


sebahagian lagi buat roti gulung kacang merah.
resepinya disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Raja


Puding raja popular di Pekan Pahang, selalu dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlis-majlis keraian.

Bahan-bahan

  • 1 sikat pisang lemak manis (yg sedang masaknya)
  • jala mas 
  • gajus (dipanggang)
  • ceri merah
  • prune ( dipotong kecil)
  • sedikit minyak masak
  • sedikit minyak sapi

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
  2. Goreng pisang hingga berwarna coklat keperangan.
  3. Bila pisang sejuk, gentelkan pisang diatas tisu dapur, supaya pisang tadi cantik bentukknya.
  4. Cara menghidang : susun pisang di dalam bekas puding, akhir sekali taburkan jala mas, ceri, gajus dan prune. 

Sos Puding

Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 gelas air 
  • 3 biji kuning telur
  • esen vanila
  • sedikit garam 
  • gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Campurkan susu cair ,air, kuning telur, gula dan sedikit garam. Pukul rata.
  2. Masak di atas api kecil sehingga pekat. Sebelum tutup api, masukkan esen vanila. Sejukkan sos.
  3. Cara menghidang : Tuangkan sos diatas puding

Sumber (Pn Rosiah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011


6 pelajar yang mendapat 5A dlm UPSR di Sek. Keb. Langgar



Ayuni salah seorang daripadanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat Amerika




Permintaan Ayuni, buat 2 biji kek coklat untuk jamuan majlis perpisahan bagi pelajar tahun 6. 
Semalam keputusan dah keluar, Alhamdulillah rezeki Ayuni, dia dapat 5A dlm UPSR. Moga cemerlang juga peibadi dan akhlaknya...Amin. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Triffle



Menu ulangtayang...puding triffle...sedap dimakan sejuk.
Puding yang didalam bekas kecil ni ..untuk diberi pada jiran-jiran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Masakan Berasaskan Ikan Patin (Anjuran Maggi)





Fillet ikan patin mendapat anugerah juri


Ikan patin masak lemak cili padi - tempat pertama



ikan patin masam manis - tempat ke 2


Ikan patin pais bertauhu mendapat anugerah juri


Ikan patin percik

Fish n chip ikan patin - tempat ke 3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Masakan Berasaskan Mi


Mee berkuah sos tomato

Mee Bandung


Mee kari mendapat tempat ke 3


Sphagetti goreng




Mee goreng sos lada hitam




 Mee rebus utara




Mee rebus johor mendapat tempat ke 2


Mee Gulung tempat pertama


Mee goreng lada hitam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ubi Pindang

Bahan-bahan


  • Ubikayu (2 batang yang sedang besarnya)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 camb. serbuk kari Ikan /daging
  • segenggam Ikan bilis
  • garam
  • gula 
  • air secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara
  1. Ubi dipotong kecil ( potong 2" dan dibelah 4). Cuci dan toskan
  2. Bawang merah, bwg putih, halia dan ikan bilis dikisar halus.
  3. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar, bila garing masukkan serbuk kari.
  4. Masukkan ubi kayu dan tambahkan air sehingga ubi kayu tenggelam.
  5. Tutupkan kuali dan biarkan sehingga ubi menjadi empuk. Sekiranya belum empuk, tambahkan air lagi.
  6. Bila ubi telah empuk, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Lobak Merah

Dah lama simpan resepi kek ni....semalam baru dapat buat.  memang sedap, sesuai dengan tekak saya..jom cuba

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan parutan lobak merah (3 batang)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan gula castor (saya guna 1 cawan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camt soda bikarbonat
  • 1 1/2 camt. baking powder
  • 1/2 camt. garam
  • 2 camt. esen vanila
  • 1 cawan walnut@ pecan( saya guna badam cincang)
  • 1/2 cawan kismis

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185*c
  2. Bakar kacang 8 min hingga perang dan wangi. Cincang kasar-kasar.
  3. Sapukan minyak pada loyang(loyang 8") dan alas kertas minyak.
  4. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  5. Pukul telur 1 min. Masukkan gula dan pukul lagi 3-4 min.
  6. Masukkan minyak jagung dan esen.
  7. Masukkan tepung, kacau perlahan
  8. Dengan menggunakan spatula @ senduk, masukkan lobak, kekacang dan kismis.
  9. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar 40 - 50 min atau sehingga masak.
sumber : Joy of Baking

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Berkuah


Bahan-bahan

  • 1 buku roti saiz besar (Hawaii)
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 camb mentega
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 camb gula pasir
  • 1/2 cwn kismis hitam atau buah campur

Cara-cara

  1. Hancurkan roti ataupun koyakkan roti pada saiz kecil.
  2. Kacau dan gaul rata susu, telur, mentega, air dan gula.
  3. Masukkan kismis hitam.
  4. Akhir sekali campurkan roti kedalam campuran susu tadi.
  5. Tuangkan ke dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam.

Kuah puding

  • 8 biji kuning telur
  • 2 1/2 tin susu cair
  • 2 1/2 gelas air
  • gula secukup rasa
  • esen vanila

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kuah kecuali esen vanila di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana kecil. Kacau selalu.
  2. Masak kuah hingga menjadi sedikit pekat. Masukkan esen vanila dan tutup api.
  3. Tuangkan kuah di atas puding semasa menghidang.

Sumber: Pn Rosiah  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mi Hailam


Bahan-bahan

  • 500 gm mi kuning (dicelur)
  • 8 ulas bawang putih dikisar
  • 3 camb cili kisar
  • 1 camt serbuk lada hitam
  • 3 camb sos tiram
  • 2 camb kicap pekat
  • 2 camb kicap manis
  • bunga kubis
  • lobak merah
  • tomato 
  • sawi
  • putik jagung
  • isi ayam
  • udang
  • fishcake
  • air secukupnya
  • garam
  • gula
  • 1 kiub pati ayam
  • telur 

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan cili kering kisar dan isi ayam.
  2. Tumis lagi, masukkan udang.
  3. Tuangkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan lada hitam.
  4. Tuangkan air secukupnya. Masukkan kiub pati ayam.
  5. Bila kuah mendidih , masukkan fish cake,  sayur-sayuran,garam dan gula.
  6.  Perlahan-lahan pecahkan telur sebiji demi sebiji.
  7. Jika suka kuah yang sedikit pekat, boleh tambahkan bancuhan tepung jagung (3 camb tpg jagung + air).
  8. cara menghidang : masukkan mi kedalam mangkuk. Tuangkan kuah. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Mocca Nestum

Biskut yang rangup dan sedap...
Bahan-bahan


  • 280 gm mentega
  • 140 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 2 camt. coklat / mocca pes
  • 120 gm nestum   - dikisar kasar (sy guna oat)
  • 150 gm tepung gandum
  • 280 gm tepung ubi
  • 1/4 camt. baking powder
Hiasan
  • coklat rice 
  • putih telur 
Cara- cara
  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan gaul rata
  3. masukkan pes mocca
  4. Masukkan kedua-dua jenis tepung berselang seli dengan nestum
  5. Uli hingga menjadi doh
  6. Canai dan terap mengikut bentuk yang disukai
  7. Sapukan putih telur di atas biskut dan taburkan coklat rice.
  8. Panaskan oven. Bakar 180 C selama 15-25 min.
Sumber : Pn Rosiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Almond London dan Coklat chip







Alhamdulillah....siap sudah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Pisang



Kek pisang yang ditempah oleh Shimah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...