RSS

Roti kacang merah




Cuti sekolah baru-baru ni..buat roti kacang.  Dapat 25 biji dua hari boleh habis. 

Bahan A
  • 280 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 camt. garam 
  • 110 gm gula pasir
  • 2 camb. susu tepung
  • 600 gm tepung roti
  • 60 gm mentega
  • 11 gm yis
  • 1 camt. bread improver
Inti kacang merah secukupnya

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
  2. Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
  3. masukkan yis kering dan gula pasir
  4. masukkan susu tepung dan gaul sebati
  5. masukkan bread improver
  6. Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
  7. Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
  8. Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
  9. Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
  10. Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk doh kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
  11. Isi inti kacang merah kedalam doh kecil2 tadi.
  12. Untuk bentuk seperti bunga. Gelek doh  berinti kacang tadi , jgn tipis sangat. Potong jgn putus kepada 7 hirisan. (Rujuk gambar diatas)
  13. Untuk roti bentuk seperti ulat, gelek adunan tadi hingga nipis. Potong sebelah dalamnya jangan putus. Lepas tu gulungkan .( Rujuk gambar diatas)
  14. Aturkan doh  yang dibentuk  dalam dulang pembakar yg digris. Biarkan doh naik kali kedua selama 30 minit.
  15. Panaskan ketuhar pada suhu 195*C. Bakar roti selama 15 - 20 minit hingga kekuningan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Panggang dan sos lada hitam bercendawan





Bahan-bahan perap ayam

  • 1/2 ekor ayam dipotong 2
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 in halia
  • 1 camb. sos tiram
  • 1 camt. madu
  • 1 camb. kicap manis
  • 1 camt. kicap pekat
  • 1 camt. jus sunquick atau jus limau
  • garam
Cara-cara
  1. Bawang merah, putih dan halia dikisar halus
  2. Campurkan bahan kisar bersama bahan lain
  3. Gaul sebati rempah tadi dengan ayam
  4. Perap dan simpan dalam petisejuk
  5. Bakar guna oven atau kuali non-stick hingga masak

Sos Lada Hitam

Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • sedikit mentega utk menumis
  • 1 camb. tepung gandum
  •   air secukupnya
  • 2 camb. sos tiram
  • 1 camb. kicap utk menggelapkan warna sos
  • 1 camb. sos cili atau tomato
  • 1 camt. lada hitam
  • 1/2 kiub perasa ayam @ daging
  • cendawan butang dlm tin - dihiris
  • garam
Cara-cara
  1. Panaskan mentega, tumiskan bwang hingga layu
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan air secukupnya.
  3. masukkan kiub ayam, lada hitam dan cendawan.
  4. Larutkan tpg gandum dalam sedikit air. Kemudian masukan dalam kuah tadi. Kacau sebati
  5. Masak hingga sedikit pekat. Sesuaikan rasa
Sumber : Potret Kasih





Coleslaw


Bahan-bahan

  • Kubis hijau
  • Kubis ungu
  • Lobak merah
  • Bawang besar
  • Gula 
  • Mayonis
  • Garam
  • Lada putih
Cara-cara
  1. Hiris atau sagat halus kubis dan lobak merah
  2. Cincang bawang besar
  3. Masukkan sayur dan bawang besar dalam bekas dan letakkan sedikit gula. Kacau rata
  4. Tutup atau bungkus bekas dan simpan dalam petisejuk sebentar
  5. Keluarkan bekas dan campurkan mayonis, garam dan lada putih.
  6. Gaul sebati dan sesuaikan rasa
  7. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.
Sumber : 5 rencah 5 rasa






Kentang Putar

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang
  • 1 camt. mentega
  • garam
  • 1 camb. susu cair
  • sedikit air
  • lada putih
Cara-cara

  1. Cuci kentang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga  empuk
  2. Bila empuk, masukkan kentang ke dalam air sejuk, supaya mudah dikopek kulit.
  3. Lenyek kentang. Masukkan butter, garam, susu cair dan air secukupnya.
  4. Kalau pekat tambahkan air.
  5. Boleh lah dihidangkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cameron Highlands (13 -15 Mac 2011) Part 11








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cameron Highlands (13 -15 Mac 2011)



Pemandangan kebun sayur dari atas , dari Equatorial Resort






Cactus Point


Cara penanaman buah strawbery


Pasar malam di Brinchang,..macam-macam ada



Buah Jambu Epal ..lebih manis dan sedap dari jambu biasa


Strawberry bersalut coklat...yummy


Kuih brinchang...inti kelapa dan kaya...


Epal cameron...rasanya tawar..tapi isinya lembut


Macam-macam sayur,  5 bungkus rm 10


Ladang teh Bharat ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Pad Thai





Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *       * dihiris halus
  • 10 biji cili padi         *
  • 2 camb. udang kering kisar
  • 2 camb. kacang tanah kisar
  • 1 paket fishball -  dipotong kecil
  • 2 biji telur
  • 2 camb kicap cair
  • 1 camb kicap sotong
  • 1 bungkus yee mee
  • Udang basah
  • Daun bawang dipotong 1 cm
  • Taugeh 
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Masak air hingga mendidih. Masukkan yee mee, masak hingga lembut. Angkat dan toskan
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi.
  3. Masukkan udang basah dan fishball.
  4. Tambahkan udang kering dan kacang tanah yang dikisar.
  5. Masukkan kicap cair dan kicap sotong.
  6. Masukkan yee mee dan daun bawang.
  7. Buat lubang ditengah-tengah kuali yang berisi mee tadi, masukkan sedikit minyak. Pecahkan telur kedalamnya.
  8. Hancurkan telur dan gaulkan mee bersama telur tadi.
  9. Masukkan taugeh .
  10. Sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.

Sumber : Pn Rosiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bingka Jagung


Adunan yang belum dibakar


Cukup lembut, lemak dan sedap....
Bahan-bahan
  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 4 biji telur ( saya guna 3 biji saja)
  • 1 tin cream style corn
  • 1/2 camt garam
  • 3/4 camt pewarna kuning
  • 1 camt esen vanila
Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 kecuali cream style corn
  2. Kacau dengan wisk hingga sebati dan mesra.
  3. Tapis dan masukkan cream corn dan gaul sebati.
  4. Panaskan loyang dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan dan lenser loyang dengan mentega atau marjerin.
  6. Tuangkan adunan.
  7. Bakar 180 C selama 40-50 min atau sehingga masak.
  8. Bakar lama sikit untuk mendapatkan kuih yg garing atau kerak yang lebih.



Sumber : Mat Gebu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...