RSS

Ayam Ungkep


Campurkan semua bahan dalam kuali


Gaul sebati


Ayam yg siap dimasak..dah empuk

  • 8 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  •  5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1  inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 6 camb cili kisar
  • 2 camt. serbuk kunyit
  • 2 camb. ketumbar dikisar halus
  • 1 camb. jintan manis dikisar halus
  • 1 camb. jintan kasar dikisar halus
  • gula
  • garam 
  • 1/3 cawan  minyak masak
  • 3 camb. air asam jawa
  • 1 ekor ayam kampung atau ayam tua di potong kecil

Cara-cara

  1. Kisar semua bawang, halia, lengkuas, serai.
  2. Masukkan ayam, bahan kisar , cili kisar, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, gula, garam dan secawan air ke dalam kuali.
  3. Gaul rata semua bahan. Tutupkan kuali.
  4. Masak dengan api sederhana hingga isi ayam lembut. Boleh tambahkan sedikit air lagi sekiranya isi ayam belum lembut .
  5. Bila isi ayam dah lembut masukkan air asam jawa dan sedikit minyak masak.
  6. Sesuaikan rasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...