RSS

Roti inti coklat







Bahan A
  • 280 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 camt. garam 
  • 110 gm gula pasir
  • 2 camb. susu tepung
  • 600 gm tepung roti
  • 60 gm mentega
  • 11 gm yis
  • 1 camt. bread improver
Bahan Inti
  • coklat masakan dipotong dadu

Cara
  1. Masukkan semua bahan A mengikut turutan sekiranya menggunakan bread maker.
  2. Sekiranya menggunakan tangan, masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan garam dan kacau
  3. masukkan yis kering dan gula pasir
  4. masukkan susu tepung dan gaul sebati
  5. masukkan bread improver
  6. Campurkan telur dan air. Tuang ditengah-tengah tepung yang dikosongkan.
  7. Kacau perlahan-lahan gunakan hujung jari, mula dari bahagian tengah. Gaul sebati
  8. Uli adunan gunakan tapak tangan secara lembut.
  9. Campurkan mentega dan kacau hingga lembut. Biarkan doh ini naik 2 x ganda selama satu jam.
  10. Canaikan doh ini sekali lagi .Bentuk adunan kecil-kecil dan bulat-bulatkan.
  11. Ambil sebiji doh dan letakkan sepotong coklat yg didadu. Bulat2 kan dan susun ke dalam loyang yang dilenser. Biarkan roti naik selama 30 minit lagi.
  12. Panaskan oven . Bakar roti selama 20 min dgn suhu 190* C @ mengikut kepanasan oven masing2.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 komen:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...